PENA AWAM

BANGKITKAN ISLAM DENGAN MENYEIMBANGKAN ANTARA FIKIR DAN ZIKIR

       Segala syukur kita panjatkan buat Rab al-'Alamiin dengan 3 cara dan perkara: lidah, hati dan anggota badan. Lidah digunakan menyebut dan menyanjung Allah SWT, hati dikawal untuk sentiasa mengingati dalam setiap perkara manakala anggota badan  melakukan setiap tuntutan dan perkara yang diredhai-Nya serta menjauhkan diri dari segala yang mendatangkan  kemurkaan-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta kepada seluruh ahlinya dan para pengikutnya yang terus berusaha menjulang Islam di muka bumi Allah ini.

      Bukti cinta dan kasih pada Rasulullah SAW adalah dengan mengikuti segala as-Sunnah dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-sebesar perkara. Antara sebesar-besar perkara yang ada dalam kalangan Umat Islam itu sendiri melupakannya adalah 'Iqamat ad-Denn wa siasat ad-Dunia bih' yang bermaksud 'menegakkan agama Islam di atas muka bumi Allah SWT dan menghiasi dunia ini dengan segala ajaran-Nya berpandukan al -Quran dan as-Sunnah '. Anatara uslub(cara) yang terbaik yang boleh digunakan bagi memastikan perkara diatas berlaku pada masa kini adalah dengan menjadi pemimpin Islam yang berfikrah haraki, berjasad jundi dan berjiwa sufi yang menyeimbangkan antara fikir dan zikir.

     Realiti dalam kalangan Umat Islam kini, yang mana mereka lebih mementingkan zikir dari fikir. Bila azan dikumandangkan bergegas ke masjid menunaikannya secara berjemaah, namun selepas selesainya solat tersebut tidak mahu berfikir akan nasib agama Islam yang kian rapuh dimakan anai-anai ideologi musuh-musuh Islam. Ayuh kembalikan ketamadunan khilafah Islam di atas muka bumi Allah SWT dengan menyeimbangkan antara zikir dan fikir. Renungilah mafhum kata seorang tokoh haraki agama Islam iaitu Imam Hasan Al-Banna :
   
      " Seorang Mujaddid bukanlah mereka yang hanya sibuk dengan Usul Fiqh dan kitab-kitab, tetapi mujaddid yang sebenar adalah mereka yang memperjuangkan agama Islam sehingga bangkit dan tertegak di muka bumi Allah SWT dengan pengorbanan mereka sendiri. "   

Wallahu Ta'ala A'ala Waa'alam

Al Hajiah ila Manghfiratullah,
Mujaddid Islam al Khatib. 
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan